Sunday, January 31, 2016

Kededakan Sang Barua

Sungguh jelek lihat barua-barua
Yg nampak kebulur sangat nak makan dedak,
Hitam katanya putih
Terpenting dedak disimpan sampai tujuh keturunan.

Barua oh barua
Kau sanggup laku apa sahaja
Lihat saja tangan ibumu
Yang penting ciumi tangan isteri ketua
Kerana takut nanti kebulur dedak
Muka kau pun dah semakin petak.

Sang barua
Kau khianati amanah
Mana sumpah janji setia
Kelaut sudah dibuangnya
Tinggal dibumi barua pengampu
Katanya bapak ketam itu berjalan lurus

Barua lapar makan dedak
Nasi sudah tidak lazat
Hati sudah hitam berkarat
Habis kudrat marhaen kau perkuda
Janji selera dedakmu tetap tersedia

Oh barua sekeliannya
Akan ke sumpahmu menjadi kera
Kerana kau seperti beruk mendapat bunga
Telunjuk lurus kelingking berkait.
Akhirnya barua tetap selamanya

Tuesday, January 26, 2016

Insan terhebat

(Petikan dari fb )

'Menangis saya bila baca , meremang bulu roma :') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Korang Baca jangan tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

Sunday, January 10, 2016

Salah sangka

Petikan daripada post FB kawan

"Bos saya memandu sebuah kereta mewah setiap hari dan menjadi tugas saya untuk menyapa beliau dan membuka pintu pagar untuknya. Saya bekerja sebagai penjaga di villa mewah beliau. Tapi tak pernah sekali pun beliau membalas sapaan saya setiap hari.

Suatu hari beliau ternampak saya membuka bungkusan sampah di luar villa beliau untuk mencari jikalau ada sisa - sisa makanan. Tetapi seperti biasa beliau langsung tidak memandang pada saya seolah - olah beliau tidak menyaksikan apa - apa.

Keesokan harinya saya melihat sebuah bungkusan di tempat yang sama, tetapi ianya bersih dan makanan di dalamnya dibungkus dengan baik. Ianya masih segar dan makanan yang elok seperti ada orang yang baru membelinya dari pasaraya. Saya tak kisah daripada mana ianya datang, saya segera mengambilnya dan saya sangat gembira pada hari itu.

Setiap hari saya dapati bungkusan makanan di tempat yang sama dengan sayuran yang segar dan semua barang keperluan dapur. Ini menjadi rutin saya setiap hari. Saya menikmati dan berkongsi makanan - makanan ini dengan anak dan isteri saya.

Saya terfikir siapalah yang cuai sangat ni? Setiap hari tertinggal bungkusan yang penuh dengan makanan segar.

Suatu hari masalah yang sangat besar telah berlaku di villa. Saya diberitahu bahawa boss saya telah meninggal dunia. Ramai orang datang melawat ke villa pada hari itu dan saya tak menjumpai bungkusan makanan pada hari itu, jadi saya rasa mungkin salah seorang tetamu telah mengambil bungkusan itu. Tapi perkara yang sama berulang pada hari ke-2, hari ke-3 dan hari ke-4.

Ianya berterusan sehingga beberapa minggu dan saya mengalami kepayahan untuk menyediakan makanan kepada keluarga saya, jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan isteri bos saya dan meminta untuk menaikkan gaji saya atau saya akan berhenti bekerja sebagai penjaga di villa itu.

Selepas saya memberitahu pada isteri bos saya, beliau terkejut dan bertanya kepada saya kenapa saya tak pernah mengadu tentang gaji sepanjang 2 tahun ini? Dan kenapa tiba - tiba pula sekarang gaji tidak cukup? Saya memberikan beliau pelbagai alasan dan beliau langsung tidak percaya.

Akhirnya saya terpaksa memberitahu cerita sebenar tentang bungkusan makanan itu dan bagaimana ia mencukupkan keperluan harian saya. Beliau kemudian bertanya bilakah ianya terhenti? Saya beritahu beliau ianya terhenti selepas kematian suaminya.

Dan barulah saya sedar bahawa saya tidak menjumpai bungkusan makanan itu sebaik sahaja bos saya meninggal dunia.

Kenapa langsung tidak pernah terlintas di fikiran saya sebelum ini? Sebenarnya bos sayalah yang membekalkan makanan kepada saya setiap hari. Saya rasa mungkin sebab saya tak sangka bahawa seseorang yang tidak pernah membalas sapaan saya sebelum ini rupa - rupanya ialah seorang yang sangat baik hati.

Isterinya mula menangis dan saya memujuk beliau supaya berhenti menangis dan saya betul - betul minta maaf sebab minta dinaikkan gaji, saya tidak sangka bahawa suami puan yang menyediakan makanan pada saya setiap hari. Saya akan kekal menjadi penjaga villa ini dan saya sangat terbesar hati untuk memberi perkhidmatan saya.

Isterinya memberitahu, "Saya menangis kerana saya telah menjumpai orang ketujuh yang suami  saya berikan bungkusan yang berisi penuh makanan. Saya tahu suami saya memberikan kepada 7 orang setiap hari dan saya telah menjumpai 6 orang sebelum ini dan selama ini saya memang mencari orang yang ketujuh. Dan hari ini saya telah menjumpainya.

Bermula hari itu dan seterusnya, saya mula menerima bungkusan berisi makanan lagi. Kali ini anak lelakinya yang datang ke rumah saya dan memberikannya kepada saya. Tetapi setiap kali saya berterima kasih kepadanya, beliau tidak pernah membalas sapaan saya!

Sama seperti ayahnya!

Suatu hari, saya katakan pada beliau TERIMA KASIH dengan suara yang agak kuat! Beliau membalas semula kepada saya dan beritahu supaya tidak berkecil hati jika beliau tidak membalasnya kerana beliau mempunyai masalah pendengaran , sama seperti ayah beliau!

Oh! Saya telah banyak bersangka buruk menilai orang lain tanpa mengetahui kisah sebenar disebalik tindakan mereka."

Berbaik - baiklah dalam berurusan dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai kepayahan mereka sendiri. Hati - hati, jangan asyik pentingkan diri sendiri. Sebelum anda menilai, ada satu perkara yang anda boleh lakukan iaitu BERTANYA.

Jangan buat kesimpulan sendiri, ianya sangat - sangat tidak bagus. Ia mungkin memberikan kesan buruk kepada kita di kemudian hari. Banyak masalah boleh timbul kerana kita tersalah tanggapan terhadap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan menilai sesuatu situasi yang kita kita tidak pernah alami sendiri. Merendah dirilah untuk pelajari sesuatu hikmah. Marilah kita ubah cara menilai terhadap diri kita dan orang lain.

Dua pengajaran daripada cerita ini, jangan terus percaya dan menilai terhadap sesuatu situasi.

Setiap orang menghadapi kesukaran yang berbeza yang mungkin kita tidak pernah tahu.

Thursday, January 7, 2016

Tahajud, Kita bila lagi?


(Petikan drp posting FB rakan)

Ustaz, saya ada 9 org anak. Anak - anak saya semua hebat-hebat. Saya tak bangga langsung dgn mereka kecuali yang ke sembilan ustaz.

Saya mula bangun tahajud sebab anak yang kesembilan ustaz. Dia baru darjah 6. Suatu malam ustaz, saya dengar bunyi air pukul 3 pagi dari bilik air saya, saya bingkas bangun, saya tengok anak perempuan saya ustaz dalam keadaan ambil wuduk, saya tunggu dekat luar.

Apabila dia keluar saja; saya tengok saja dia dan tanya kenapa dik? "saya ambil wuduk abah" "kenapa ambil wuduk? "Adik tak solat isyak lagi?" "Adik nak solat tahajud bah" dengar sahaja nak solat tahajud saya diam. Saya pun biarkn dia. Kemudian anak saya solat di ruang tamu. Saya tengok dia berdiri ustaz. Lama-lama dia menangis dalam qiam dia. Saya terdiam tengok anak perempuan saya menangis dalam tahajud dia. Waktu mana saya terdiam tengok dia menangis, saya pun duduk dibelakangnya .

Namun selesai sahaja dia solat ustaz, dia angkat tangan. Dia berdoa pada Allah. Waktu mana dia berdoa pada Allah, menggigil-gigil tangan dia sambil menangis. Saya dengar dia sebut pada Allah dalam bisikan dia, " Ya Allah ampunkan dosa ayah saya Ya Allah, dosa ibu saya, dosa keluarga saya Ya Allah. ayah saya tak bangun Ya Allah, ayah saya tak tahajud Ya Allah, ibu saya tak bangun" dia sebut nama saya dalam doa dia ustaz, saya datang, saya peluk, saya cium anak saya ustaz. Saya tanya kenapa adik menangis? " adik nak tengok abah solat dengan adik" " bangun malam dengan adik" berjurai air mata saya ustaz. "Ya Allah anak aku darjah 6, dah bangun tahajud, tapi aku darjah 44 tak bangun-bangun lagi". Saya kesat air mata dan janji dengan dia, bahawa saya akan bangun selalu dan solat dengan dia.

Bila kita diuji dgn penyakit, diuji dengan kehidupan yang susah tak seperti yang lain; kita rasa kehidupan dunia ini tidak adil untuk kita. Kita rasa kurang tapi apabila kita bangun tahajud, kita rasa hati kita menang, hati kita menang untuk kehidupan akhirat. Dan kita kenal mana yang kita nak tuju sebenarnya. Dosa banyak mana pun kita. Bila kita buat dosa pada siang hari, Allah tunggu malam hari untuk ampunkan dosa kita. Bila kita buat dosa malam hari, Allah tunggu siang hari untuk ampunkan dosa kita. Selagi tidak sampai nyawa di halqum, Allah masih mahu ampunkan dosa kita...Allah.

-hamba Allah-
Perkongsian menyentuh hati dari whatapps group..
Boleh share dan sebarkan..

D.U.I.T

Hampir lima tahun yang lalu.

Muhammad Ali dan Sebatang Mancis

Sekali lagi motivasi dikongsi untuk mengingatkan diri saya.

Wednesday, January 6, 2016

Selamat Kembali Puteraku


Ya Allah permudahkan urusan anakku dan lindungilah dia daripada kesulitan. Peliharalah dada keimanannnya untuk sentiasa menjaga solat dan tatasusilanya untuk mencari ilmu dan seterusnya mencapai keredhaanMu. 

Anakku belajarlah bersungguh-sungguh untuk menjadi insan yang memberikan manfaat kepada orang lain. Berilmu Untuk Berjasa.