- Alhamdulillah kita masih aman, harga yang ada di negara kita yang paling rendah....blah, blah. Itu kenyataan pemimpin negara kita lewat masa ini.
- Tidakkah anda bersyukur? Kenapa tidak berterima kasih? Dan sebagainya. Itu kenyataan tidak puas hati setelah rakyat terbanyak tidak dapat berpuas hati dengan kepimpinan pemimpin-pemimpin sekarang. Lihatlah siapa yang empunya kereta bernombor PAS 1616?
- Sungguh sedih kerana apa yang kita hilang sekarang ini bukan kerana ianya dicuri, diceroboh atau dipaksa memberinya tetapi pemimpin-pemimpin kita telah memberikan dengan dengan sesuci hati atas semangat perkongsian dan kebersamaan katanya. Dua-dua pihak mempunyai kad ditangan mereka. Juga katanya.
- Tidak kira di pihak pemerintah atau di pihak pembangkang, kita tidak punyai pemimpin jitu yang begitu berani mempertahankan hak kita.
- Kononnya hati kita terkesan atas bait-bait lagu anak kecil bermain api tetapi sebenarnya pada mulanya kenapa air iti dipercik lalu dihidupkan sehingga menjadi besar baru kita perasan bahawa setelah besar api itu akan meranapkan segalanya.
- Ada orang tua yang berkata; Api bila kecil jadi kawan tapi sudah besar jadi lawan. Orang yang suka berasap pula akan berkawan dengan jin kerana asap itu makanan jin. Tetapi bagaimana asap daripada wap air?
- Zaman sekarang untuk semua urusan mesti memerlukan modal. Berniaga, belajar, berkonsultansi dan berpolitik jugak digarapkan sebagai suatu cabang perniagaan untuk membina empayar kekayaan. Lalu, apabila dianggap politik itu sebagai berniaga, maksudnya perlu membuat sedikit pelaburan dahulu untuk keuntungan di masa hadapan. Janji itu adakah dikira sebagai pelaburan? Maka apabila situasi kotor ini berlaku, dan politik seluruhnya nampak kotor.
- Yang sedihnya dana politik itu akhirnya hanya menjadi tabung kekayaan peribadi di mana sedikitnya sahaja yang disalurkan untuk tujuan politik itu atau langsung tidak disalurkan terus. Akan tetapi yang lebih banyaknya dimasukkan dalam akaun peribadi yang akar umbi tidak akan ketahui urus niaga keluar masuk dana tersebut.
- Apa ini semua, sebenarnya?
Saturday, August 15, 2015
Oh Tahahairku
Subscribe to:
Posts (Atom)