Begitu retorik melaungkan pasal ketuanan. Berbuih-buih mulut. Bergegar tegang urut leher menjerit tidak sudah-sudah untuk sekadar memperitkan telinga akulah tuan. Kata-kata kesat yang banyak keluar dari hanya buah fikir yang lahir dari kepala lutut. Menangisi sebuah perjuangan yang pencetitaannya sekadar dibaitkan dalam lagu yang cuma juga sebuah warisan.
Wahai datuk dan moyangku, kurang lebih lima puluh lima tahun lepas, ketuanan ini tidak terjaga kerana mereka-mereka ini terlalu sibuk untuk mencukupi harta sekadar untuk tujuh keturunan mereka. Kontrak dibalun. Penswastaan milik beberapa golongan tertentu. Mereka itu dan mereka itu. Apabila sedikit demi sedikit pembongkaran diberitahu kepada umum, sungguh takut mereka. Takut nanti bila mati tangisan tidak dapat dilap dengan tisu-tisu duit. Atau harta cuma dapat dikumpul sampai generasi nombor lima.
Golongan ini memang tamak. Langit dan bumi mereka disuluhi dengan kertas-kertas berwarna yang mempunyai gambar agong. Jangn bercerita pasal akhlak dan adab kerana bagi mereka