Selepas solat Jumaat setiap minggu, seorang Imam dan anaknya berumur 7 tahun
akan menyampaikan dakwah dengan berjalan ke selinap jalan di bandar itu untuk menyebarkan risalah
dakwah yang bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan lain-lain tajuk dakwah Islam.
Lalu, pada satu Jumaat yang indah, pada ketika
Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasanya, cuaca kelihatan mendung dan kelihatan hujan sudah mulai
turun. Si anak kecil mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan
panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”
Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”
“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun
menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan
berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah
bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu
hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan
risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu
juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada
penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah
“Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah yang
agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah
itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya
loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi
namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi
tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin
rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang
perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang
makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang
turun dari langit.
“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut
Minggu berikutnya sebelum waktu solat
Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum
selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan
anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas
dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai
bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga
menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan
hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun,
tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada
anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng
ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah
pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya
melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya
melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya
seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya
ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa
memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri
hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap
muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa
saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di
sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada
hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam
neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!
Imam lantas turun dengan pantas dari
mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan
menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling
indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.