- Wahai anak-anakku, aku bersyukur kepada Allah kerana dianugerahkan kamu semua sebagai amanah yang paling besar perlu aku galas supaya kamu menjadi insan yang dirahmati Allah. Tanggungjawab yang aku terima ini pernah ditunaikan dengan sempurna oleh datukmu biarpun keadaan dan kecukupannya berbeza atas faktor masa dan upaya.
- Kini apabila aku sudah menjadi ayah; aku lebih gembira melihat kamu semua membesar dalam keadaan yang amat cukup rohani dan jasmaninya. Biar dulu aku dan datukmu kurang berkata-kata dengan gurau dan senda; tapi kasihnya melimpah sebasah keringat peluhnya mencari rezeki untuk kami.
- Dahulu ketika aku sekecilmu, marah apabila dimarahi, dileteri dan dirotan kerana memang anak-anak nalurinya hanya bermain sahaja. Kini apabila aku menjadi ayah aku memarahi dan kadang-kadang merotan kamu kerana betul seperti kata orang tua; sayangi anak dirotan-rotankan.
- Wahai anak-anakku, apabila aku sudah menjadi seorang ayah, aku bersyukur kerana kamu semua sihat walafiat dan sempurna berdiri dan baringnya.Bangga melihat kamu semua bersungguh-sungguh untuk belajar dan terus akan belajar. Biarpun terkadang kamu seakan rasa terpaksa.
- Anak-anak aku yang tersayang, apabila aku sudah menjadi seorang ayah; aku tidak boleh memberikan dan menjanjikan kehidupan kamu di hari mendatang tapi kini boleh bersama-sama membentuk kehidupan itu bersama hari ini.
- Tiada apa yang lebih indah bagi seorang ayah apabila melihat anak-anaknya gembira biarpun kasih sayang dan belaian seorang ayah tidak selembut belaian ibumu.
Wednesday, May 25, 2011
Apabila Sudah Aku Menjadi Ayah
Subscribe to:
Posts (Atom)