Lemas. Sudah hampir lemas. Nafas semakin pendek. Tinggal saki baki yang tidak tahu sejauh mana boleh lagi nak pergi. Barat, timur, utara dan selatan; tiada arah jitu yang dicari kerana semuanya macam membawa jauh sesat ke dalam belantara beban dunia. Berundur kaku, gerak ke hadapan buntu.
Nilai muka semakin kesam diludahi perit bahana sebuah juang yang agak tewas. Ketewasan ini akan membangkitkan kemenangan jika gerak hati kata mahu. Sebanyak lupa yang gersang mana pergi doa pendek dan panjang. Mana mungkin berminta tolong kepada makhluk sahaja sedang pencipta tiada lagi dibicara.
Akan pasti perlu ada tali supaya tidak terus karam renangan ini. Memang ini adalah asam garam seorang musafir. Tapi sangat banyaknya ranjau boleh agak goncangya bahtera itu. Kapal ini gila. Nakhoda, jurumudi, pendayung, kelasi dan habsi orang yang sama. Lainnya lebih selesa menjadi penumpang.
Tolonglah seorang haji bistari. Selamatkan bahtera ini supaya kalaupun tidak sampai ke destinasi jadi baik sunnguh kiranya awak-awaknya tidak pinggir di makan jerung ganas, dilambung ombak besar.
Tali besar atau kecil tidak penting, janji cukup panjang untuk menarik badai dilumpur.
Blogged with the Flock Browser