Saturday, August 15, 2009

Masih Lagi

Tali yang hampir putus

Memang benar jika boleh jangan dibuat benda ini. Yang nyata pahit itu menjadi rasa yang manis kerana tekak sudah rekah. Lambat rasanya pendakian ini kerana menara itu nampaknya amat tinggi bila dilihat dari tengah. Apa lagi kalau dapat dipandang dari bawah. Sayup.

Rugi jika kiranya turun kembali setelah malam hilang gelapnya menjadi siang; baru merasakan ini bukan kerja biasa. Bukan semua bisa menjadi pendaki yang terus mendaki, mendaki dan mendaki kerana ramai yang gagal meneruskan perjalanan itu .

Hampir terjatuh apabila ada kerikil-kerikil kecil dan besar terbang memercik seumpama dipahat.

Wednesday, August 12, 2009

Padang bola (2)

Aku risau
Melihat kapten bolaku
Memberi penalti percuma kepada lawan
Dipegang erat bola itu dikotak D
Seperti bermain bola baling

Aku sedih
Ketika dia menyuruh penjaga golku berpeluk tubuh
Ketika tendangan diambil pihak lawan
Jangan tangkap katanya
Biarkan sahaja; katanya kita ini pemurah
Kita ini adil
Sedangkan semasa itu kita sudah
ketinggalan
bukan satu bukan dua
Hampir kesemuanya.

Pasukan bola kita lemah
Kerana kita saling bermarah
Kata yang depan; yang belakang pakai seluar pendek
Kata yang belakang; yang depan pakai seluar panjang
Kita asyik bertelagah
Kita semakin layu
Bukankah itu sukukata nama kita
Bila kita semakin ramah
Kita semakin terpapah

Sebenar-benarnya
Pasukan lawan itu yang lemah
Tapi mereka nampak kuat dan gagah
Kerana mereka suka pecah dan perintah
Juga kerana ada orang kita yang berjualbeli
Untuk laba untung sendiri

Kita asyik kalah
Kita bukan main bola
Kita kena dipermainkan
Kita juga mempermainkan
Had, masa dan kuasa
Yang seketika diberi ini
Supaya kita terus lawan musuh
Jangan lawan sesama sendiri.

Bukan kita tidak pandai bermain
Bukan kita tidak kuat berlari
Bukan kita goyah
Tapi kita suka kita gaduh
Kita suka kita kelahi
Tepuk tangan bila kita kalah

Kita caci sesama kita
Kita puji sipendek
yang berambut pendek
yang berkaki pendek
yang berakal pendek
yang berbatang pendek

Ayuh...kita tutup padang ini
Kita bela padang ini
Kita jaga rumput dan kekuncup
Jangan asyik melekat dikasut kita
Ini padang..padang kita
Mereka hanya punya bola itu sahaja.

Dulu 70 sekarang 180

Betapa peritnya sekarang ini dibumi tanah air yang hendak hendak disatu setelah dihadarikan. Diam tak diam dalam katanya terkawal dah lebih 2000 kes; tapi peratus yang terkorban masih rendah belum sampai 100% lagi jika dibandingkan negara-negara jiran kita adalah yang terbaik dlam rekod diari harian yang meninggal dunia; kerana apa? Kerana rakyat didahulukan pencapaian diutamankan; sebab tu rakyat biasa kalau demam sikit2 tak payah pi hospital; biar 'orang-orang besar' sahaja yang boleh pi screening; treatment dan sewaktu dengannya.

Saingan sekarang makin sempit. Dulu isi tender jalau 40 orang dah kira ramai dah. Sekarang 40 orang tu baru suku sahaja dari senarai kehadiran yang berminat nak beli tender. Kerana apa? Kerana semakin ramai kontraktor? Semakin sedikit kerja? Semakin ramai ketua bahagian? Semakin ramai ahli teknikal? Atau semakin ramai ali baba? Atau semakin ramai ahli babi?

Kalau kata cakap tak serupa bikin; siapa yang jadi teladannya kalau bukan ayah kepada anak-anak? Ketua kepada rakyat? Ketua kepada menteri? Ketua kepada segala setiausaha? Imam kepada makmum? Pelik sekarang ramai yang imam telanjang iman cuba jadi ketua kepada pemakmum belakang sedangkan mamkum itu ada yang katanya hafiz.

Pelik tapi benar hafiz sekarang hanya yang hafal sahaja bunyinya bukan amalkan apa yang tersirat kerana objektifnya di buat begitu. Memodalkan insan untuk berniaga. Opppss...inikah berniaga manusia juga namannya? Siapa makan cili dia makan cililah takkan pulak rasa epal?

Anak-anak sekarang berebut nak score 30A daripada hanya menjdai manusia yang hanya ada 1A seperti orang-orang dahulu. Orang bahuru ini sekarang memang pelik; biar tak jadi orang katanya janji berwang. Akhirnya perangai macam beruang; berzina pandai; dapat anak suka sahaja dibuang. Kerana apa? Kerana mak ayah banyak hutang? Hutang duit? Hutang budi? Hutang undi?

Kenapa perlu sama rata; keadilan itu bukanlah kesamarataan tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Mungkinkah kena pakai sari boleh sambut Deepavali? Tunggu maa undi baru tahu siapa khianat siapa?