Thursday, June 18, 2009

Pulau Besar Kg Gajah

Semakin mengantuk. Hampir sudah kurang lebih pukul 3 pagi. Tak siap-siap jadual kerja. Esok pagi sudah ada mesyuarat. Berhempas pulas dua tiga manusia itu cuba menyiapkan kerja. Ya..lah ini yang dinamakan bekerja.

Bang...pekena kopi sikit sambil memendekkan umur dengan asap nikotin itu. Ada yang cuba membunuh diri dengan asap london, paris dan new york. Ada yang lagi hebat sedut asap gudang . Tak mahu mengalah. Kenapa bukan gudang gula tapi gudang garam pula yang dipilih nama.

Kedengaran dengusan penat. Khuatir dan tertekan. Takut tidak sempat siap tugasan yang diberi.

Hari penyatuan semakin hampir. Persiapan tidak lagi sempurna. Kerja, kerja dan kerja. Siang, malam, senja, subuh dan siang kembali. Tak siap lagi kerja.

Boss, macam mana ni. Dah dekat pukul dua setengah ini. Ada budget tak? Berapa nak turun? Berapa kos kita? Margin? Okey turun tiga belas percent. Tapi jangan lupa apa yang kita kena cover.

Orait, menurut perintah. Macam biasa. Bundarkan ke numbur keramat; lagi best kalau projek kat Datok Keramat. Dewan Datok Keramat. Sebuah banguna empat segi yang tinggi. Tempat orang kenduri. Tempat orang menari. Berlari .

Jomlah kita sambung balik. Kalau pakai formula ni; ingat dua bulan siap kerja kat rantaian ini. Takut hujan. Hujan bukan dalam kawalan kita. Main hujan lainlah. Ada pilihan juga. Sungguh hairan juga macam mana budak sekarang tidak boleh dibenar main hujan. Tak lasak. Takut demam katanya.

Ingat nak beli barang-barang hantaran kat sini. Terlanjur jalan-jalan. Poket juga tebal sikit. dapat duit kutu. Hukum yang dibuat-buat; kena ganjil dulangnya. Dan paling best; hairan; ajaib dan tertanya-tanya, kenapa sebelah perempuan kena lebih dari sebelah lelaki. Lima perlu dibalas tujuh, sembilan, sebelas dan seterusnya. Mana punya hukum? Jangan mati anak biar mati adat.

Dibelakang dewan Dato Keramat ada rahsia bagi orang desa bekerja di kota. Mengajar bahawa rakan taulan melebihi saudara. Kongsi cerita, kongsi ketawa; hampir dijumpa kawan menangis bukan setakat sama gembira. Jumaat ini kita cuti. Cuba kira, dua minggu lepas dah pergi.

Tuan Pengerusi, macam mana bayaran kemajuan kami. Kemajuan kerja perkara nombor tiga puluh. Ingat, pihak pemborong kena korek dua meter. Jangan tipu. Rupanya pemborong dah jadi pembohong.

Kiambang Tidak Bertaut


Sudah semakin hampir suapan itu
Kunyah sudah lama menanti
Haruman serai dan daun limau purut sudah lama menyengit
Tapak sudah mula mengorak
Memang benar mendung jangan disangka hujan
Petir dan kilat mainan langit

Kira sudah habis
Menjangkau sembilan menlangkah sepuluh
Lapan juga yang dicari untung
Bibit cinta adanya tidak perlu berbunga
Janji akar kukuh
Cengkam hati hampir mati

Ibarat kiambang tidak bertaut
Dikala air pasang tidak pula hujan
Walau gelita langit semua menunggu
Akhirnya kiambang tidak bertaut
Anak-anak ikan menari-nari
Mencari nafas baru

Juang ini bukan kalah
Hikmahnya takut semakin jauh
Ketika menunggu turunnya air
Sekadar dengar guruh bergetir
Oh..rupanya dekat semakin jauh
Air mengalir dari sungai gering

RestuNya semakin lupa
Menyinsing hati sekadar sahaja
Bingkaian hidup tidak berwarna
Itulah hikmah bagi yang semakin lupa

Wednesday, June 3, 2009

Runtuh

Sekali lagi kita macam terperanjat kerana ada bumbung seekor lagi gajah putih itu runtuh. Kenyataan biasa yang didengar nasib baik, memalukan dan ini tentu ada unsur berlakunya keturasan kerana adanya ketirisan. Beberapa hari sebelum itu berlaku keruntuhan bagi bangunan yang hendak diruntuhkan sepertinya orang yang mati sebelum hendak diberhentikan.
Puh...kecoh sana-sini macam inilah berakhirnya dunia ini.

Bisingkah kita bila akhlak anak-anak muda kita runtuh? Menangis kah kita rumahtangga uamt-umat kita runtuh? Malukah kita iman pembesar kita runtuh?

Lihatlah kita ini seperti pemusnah yang tidak membina penghidupan kita dilandasan yang betul kerana keruntuhan ini telah lama berlaku. Kenapa tiada pilihan ? Kerana dahulu masa orang itu berada diluar gelanggang katanya tahi itu sememangnya busuk tetapi apabila keluar barisan dan masuk bulatan, sama aje. Macam ikut roundabout dan simpang berlampu isyarat. Semunya traffic jam kerana orang sudah tidak lagi mengikut undang-undang. Ada yang beli lesen terbang kerana ada orang yang jual.

Kadang-kadang kita pening kerana tiada keadilan tidak kira dari mana-mana pihak termasuk sebuah keadilan yang tidak adil. Sekali lagi dingatkan keadilan itu bukan kesamarataan, bukan keterbukaan dan apa sahaja proses penyamaaan. Keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Sepertinya, Pak Mat yang memerdekakan negara ini perlu diberikan keistimewaan kerana ini tanah tumpahnya. Tidaklah seperti proses mengindustrikan sebuah idustri seumpama bapa yang tidak bersedia menerima anak walaupun dia tahu kerana hubungan yang terlanjur itu teman wanitanya sudah menanti hari bersalin. Siapa yang untung? sudah tentu ah long yang menyewakan bilik hotel sewaan jam itu.

Cut-Off

Cut-off merupakan satu proses saringan untuk membuat sesuatu keputusan agar pihak yang berada dalam linngkungan kesemarataan dapat dipertimbangkan untuk dipilih. Proses saringan ini begitu penting kerana disini segalanya bermula bagi satu pencarian kerana dalam zaman kelembapan ini ramai orang besar yang menjadi penipu. Besar itu apa maksudnya? Perat besar ke? Besar itu salah satunya ialah orang yang mendapat pangkat datuk sekurang-kurangnya.

Kerana pangkat datuk ini, orang-orang tersebut telah lupa bahawa sesungguhnya rezeki telah ditentukan tetapi mesti dicari. Tapi datuk in telah sembunyikan hak bagi orang yang berhak. Jangan aniaya sesama manusia kerana antara doa orang-orang yang makbul adalah orang yang teraniaya seperti seorang datuk yang pernah lebam matanya.

Kenapa gentar dan gemuruh bertemu dengan si datuk ini kerana mereka ini bukanlah terlalu istimewa dan terpilih kerana kehebatan tertentu tetapi kerana hebat yang dibuat-buat atau hasil dari kehebatan orang lain.