Sunday, March 30, 2008

Antara Kuasa Dan Durjana

Telah menyaksikan bahawa adanya insan-insan yang hanya pandai menabur janji manis bila dia suka atau buat suka kepada sesuatu perkara. Mana kita meletakkan suatu kebenaran itu adalah hak dan batilnya. Suratan takdir sesuatu yang berat untuk diterima bagi orang yang hanya bermuka-muka reda. Bila air digelas hampir memasuki mulut lalu tiba-tiba ditakdirkan gelas itu jatuh dan pecah….masih lagi kita dahaga. Pecahnya gelas itu kerana kita tidak pegang kuat-kuat atau gelas itu licin kerana lupa nak dilap minyak yang lekat didada gelas itu kerana adanya kita yang basuh gelas kotor dengan sambil lewa.

Kita juga ada yang lupa bahawa jika gelas untuk air panas jangan dicampur air yang sejuk takut boleh retak gelas itu kerana adanya beza kesan haba panas dan sejuk. Kita juga ada yang leka bahawa gelas kaca itu bukan selamanya ada..pasti pecah bila sampai masa..


Oleh itu jagalah agar gelas itu BERSIH; jangan campur air sejuk dan panas.

Thursday, March 13, 2008

Munafik Di Sekeliling Kita


Sepertinya ditahu oleh umum bahawa antara penunjuk atau petanda kemunafikan itu adalah orang-orang yang bohongnya lebih jelas dari benar. Pembohongan bukan hanya kata-kata yang tidak benar dalam percakapan tapi melakukan penipuan atas perbuatan yang wajib kepada yang empunya dunia dan akhirat ini. Sekarang ini agama banyak yang menjadi pameran; untuk ditunjuk-tunjuk. Masjid besar, cantik, kilauan kristal; alim bermusim dibulan Ramadan; sampai terawih sejadinya seperti suatu pesta. Hadirinnya beribu tapi pengisiannya hanya masing-masing berbondong-bondong nak membuat pertunjukan yang berulang macam tahun-tahun sudah. Lepas Ramadan, imam menjadi muazin untuk hanya memanggil dirinya sahaja untu berjemaah; mana pergi insan-insan kamil yang banyak itu?

Sayugianya; lakonan ini berterusan selama hampir 52 minggu dalam setahun yang menyamarkan bahawa kehidupan Melayu Islam ini banyak yang hanya kerana dari sebuah warisan yang ada pada nama sahaja. Kasihan kepada semua kerana kita tidak mencari keimanan itu seperti hilangnya muda mendapat tua. Yang muda itu cepat berlalu yang tua itu pendek sahaja.

Bahaya Untuk Nelayan Kecil


Laut yang bergelombang ini adalah agak memberikan kemerbahayaan kepada nelayan-nelayan kecil. Sukar untuk dibaca arah angin dan lajunya; tinggi ombak dan pusar ribut kerana kita hanya manusia yang suka berangan dan merancang sahaja. Kun Fa Ya Kun...kalau jadi maka jadilah ia dengan kuasa dan iradatNya.

Dalam mencari ikan baru yang segar di air bersih yang tak cemar di minyak-minyak dari perut laut itu adalah baiknya jika selama ini bot-bot besar itu tak perlu lagi digunakan kerana limpahan minyak dari bot tersebut juga yang mencemarkan air laut tersebut. Bisakah kita seterusnya meminum air masin itu jika kita ada pilihan untuk mendapt air bersih. Tapi ia bukan suatu yang senang..seperti cakap dimulut .

Kita juga tak dapat memastikan bahawa kail yang pendek itu boleh mendugal laut yang dalam kerana sememangnya hidup yang bertawakal bagi seorang yang sendiri majikannya adalah kais pagi makan pagi ....kais petang makan petang.