Sunday, November 25, 2007

Banglo 18 kaki persegi dan 18000 kaki persegi

Kiri dan kanan gambar itu adalah asalnya kita.Dari tanah kita dijadikan dan dari tanah kita akan kembali. Dalam pencarian, berebut orang nak membina banglo besar kurang-kurang 18000 kaki persegi. Tapi sesungguhnya akhir nanti, bila sampai haulnya, pasti setiap orang akan dapat banglo yang hanya sebesar 18 kaki persegi. Banglo dunia tiangnya dibawah, banglo ini tiangnya diatas. Banglo dunia berbilik-bilik, banglo ini hanya konsepnya moden - open plan. Silap-silap jasadnya saja yang terbalik.

Makna Bacaan Dalam Solat

Selama ini ramai yang hafal. Uztaz dan ustazah dulu cakap kena hafal. Dia orang masa kanak-kanak juga macam tu juga...kena hafal. Maknanya ramai yang tak faham sebab kita hafal Arabnya sahaja. Payah nak khusyuk dalam solat.

Oleh itu daripada maklumat yanf diberikan oleh sahabat diforwardkan makna dalam solat dalam posting ini untuk rujukan bersama.

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu.. namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.... ampunkan dosaku.. terimalah taubatku... kami lah hamba yang mengharap belas darimu."

"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .. dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Powered by Qumana

Sunday, November 18, 2007

Rezeki dari Masjid Besi

Alhamdullillah....rezeki Allah yang ada setakat ini cukup untuk 'membeli' kehidupan ini. Sekarang semua benda nak kena bayar! Mana ada free. Cakap sahaja free...kalau kena bayar orang tak berjanji. Sebab itu ramai orang yang berhutang dengan janji. Akhirnya janji memang tinggal janji.

Bekerja sendiri ini memang nampak senang bagi orang yang makan gaji kerana mereka nampak benda-benda yang cantik sahaja. Buruknya orang yang ambil upah dengan diri sendiri yang tanggung. Kadang-kadang, bagi orang bekerja sendiri, makan gaji bagus juga. Hakikatnya inilah rezeki. Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil. Rezeki telah ditentukan tapi hendak dicari baru nama mencari rezeki. Rezeki tiada dijumpai percuma tanpa dicari melainkan ianya sememangnya dah rezeki.

Titian orang bekerja sendiri macam anak sulung yatim piatu. Tiada ayah tiada ibu. Abang dan kakak kena rajin, berat kena dipikul biar adik-adik menjinjing ringan bebannya. Biar patah tulang ini jangan patah usaha dalam mencari rezeki.
Sememangnya bukan senang nak senang bukan susah nak susah

Khalifah Kecil

Ini bukan Perdana Menteri daripada
menantu Perdana Menteri.
Walaupun hyperaktif tapi itu anugerah.

Kerangka Besi

Dengan membuatnya
Aku mencari rezeki Dunia Tuhan ini luas
Tiang, rasuk dan kekuda
Itu antara sendi utama
Rezeki itu sudah tertulis
Sedikit banyak kena ditemu
Biar ada panas dan sejuk

Tanpa lesu tiada jemu
Kongsi rezeki sama dicari
Bahagian diambil ikut sukatan
Jangan iri buang dengki
Baru rezeki suburkan hati

Ini rezeki untuk semua
Bukan makan sama rata
Bukan bererti sama angka
…….