Monday, February 15, 2016

Rezeki itu hak pakai bukan hak milik

(Petikan daripada post fb Zon Kuliah)

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku. Tapi rezekiku tahu dimana diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"

Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.

Semakin Rebah

  1.  Melihat kembali asap dapur itu begitu mengimbau kembali bahawa suatu masa dahulu kehidupan ini amat susah.
  2. Perjuangan generasi terdahulu untuk mendapatkan sedikit kesenangan yang dikecapi hari ini antara lainnya kerana betapa barakahnya rezeki mereka.
  3. Kesempitan hidup pada masa itu tidak sangat dibebani hutang yang ditanggung seperti masyarakat hari ini.
  4. Dahulu rumah dibina tanpa sebarang pinjaman bank. Ada duit baru boleh bina rumah.
  5. Tidak perlu berhutang keliling pinggang untuk bergaya menggunakan kereta. Jika mahu kemana-mana, naiki kenderaan awam ataupun perlu ada wang tunai menyewa kereta sapu.
  6.  Tidak perlu berhutang untuk bergaya dengan kerusi kulit diruang tamu. lebih selesa duduk bersila di atas tikar mengkuang yang nenek anyam.
  7. Makan sekadar apa yang mampu; ulam dan sayuran jika rajin bercucuk tanam semuanya percuma.
  8. Tetapi keadaan ini berubah. Hidup semakin parah dan rebah kerana sekarang ini terlalu ramai yang berbelanja melebihi keupayaan pendapatan.
  9. Kehidupan menjadi sukar, serba kekurangan dan berbagai-bagai masalah timbul.
  10. Mungkin rezeki kita sekarang ini kehilangan barakahnya. Fikir dan bermuhasabahlah.

Friday, February 12, 2016

Gembirakan hati keluarga

[Petikan drp post Fb sahabat)

Isnin lepas, saya buat keputusan untuk balik ke Bangi awal pagi selasa. Isteri pun minta saya rehat secukupnya sebelum balik nanti. Saya pun tulislah dalam grup WhatsApp keluarga yang saya akan balik ke-esokkan harinya dan selang beberapa minit abang saya menjawab, “bolehlah masak lagi,”

Saya ok sahaja.

Dari Temerloh nak ke Mentakab, saya duk berkira-kira nak masak apa. Duit sudah tinggal RM30 di dalam dompet. Saya pun kenyit-kenyit mata ke orang rumah, dan dia pinjamkan RM100. Saya melenggang sahaja masuk ke pasar dan cari apa yang sesuai untuk dimakan bersama sekeluarga. Ya, kali ini tujuh-tujuh beradik balik. Campur tolak lebih kurang ada 20 orang tidak termasuk yang dalam perut. Kikikiki.

Sudah semalamnya makan rendang ayam, ikan patin tempoyak, udang masak lemak bagai, jadi saya pun belilah tulang lembu dalam empat kilo campur sedikit ekor dan dapatlah sedikit daging tak sampai satu kilo. Dalam kepala saya, adik-beradik saya tak adalah suka bebenor makan malam. Semua kaki TV dan kaki sembang kalau malam-malam buta ni. Jadi, duit yang ada tu bolehlah cukup-cukup. Alhamdulillah.

Dalam perjalanan balik ke rumah emak,  isteri saya memberi penerangan luar biasa. Katanya macam tak cukup jumlah tulang dan daging yang saya beli. Dia kata kalau keluarga dia, itu memang tak cukup. Ok saya sudah tak keruan.

Sampai sahaja di rumah, saya buat-buat tak beli kentang. Ha ha ha, jadi pesanlah kata Abang yang kurang kacak dari saya belikan. Kemudiannya beliau  belikan roti. Oh hoi, masa tu saya sudah berdebar-debar. Lain macam aura nak masak sup malam ini. Cukup ke idak ni?

Saya pun punggahlah periuk emak yang paling besar. Didihkan air. Siapkan semua bahan dan masukkan dalam periuk. Ya Tuhan, hanya ada ¼ sahaja isi di dalam periuk tersebut. Tambah dengan kentang pun masih nampak sedikit. Saya kool sahaja masak sampai siap, terkumat kamit baca selawat bagai, ha ha dalam hati ini duk berdoa  yang penting semua dapat merasa seorang sedikit pun oklah.

Sambil tunggu sup masak, Abang saya ajak solat sama-sama. Kami pun solatlah Jemaah beramai-ramai. Waktu ini Tuhan sahajalah yang tahu saya berdoa bagaimana. Macam nak ambil keputusan SPM, setiap sujud saya duk mohon Ya Tuhan, cukupkanlah sup aku malam ini. Ha ha ha.

Siap sahaja masak, Abah saya ambil semangkuk besar. Menggunung tinggi. Katanya dia dah lama mengidam. Saya telan air liur. Anak-anak saudara yang dah besar panjang pun mengulang-ulang ambil. Isteri juga boleh tahan menambah-nambah, abang kakak yang dah berkahwin kemain kongsi mangkuk cicah roti sama-sama. Saya sudah berdebar-debar. Takkan nak sound yang tulang tu sikit je?

Kakak ipar saya yang berbadan dua juga ambil, bertambah-tambah. Makan pula dengan kicap cili, fuh meletup. Saya relak dan kool bertahan jangan ambil lagi. Konon-konon badi orang masak tak berapa lalu nak makan. Saya perhati sahaja semua dah ambil dan siap tanya semua dah makan ke belum.

Saya pun ke dapur. Ambil senduk dan ceduk. Eh kenapa banyak lagi? Saya pun tanya dua tiga kali pada semua orang, betul ke semua dah makan? Ya semua angguk.

Saya pun cakap dengan emak, satu-satunya yang duk tengok jumlah yang saya beli masa saya membasuh tulang dan daging tadi. “Kenapa banyak lagi eh mak? Macam pelik pulak, Kan semua orang ambil banyak-banyak.”

Emak jawab relak je macam tak ada apa-apa,

“Berkat,”

Saya pun terdiam. Hirup sup perlahan-lahan, jadi orang terakhir yang menjamah masakan sendiri. Tuhan tolong saya dengan cukup bergaya malam itu. Cukup sekadar memberi gembira kepada perut sekeluarga. Jika pada malam itu mereka tidak tahu cerita ini, hari ini mereka bakal tahu.

Saya tidaklah banyak wang ringgit nak bantu keluarga dengan menabur-nabur kekayaan, tetapi ada sedikit kemahiran memasak bolehlah untuk beri gembira emak abah melihat anak-anaknya berkumpul makan sama-sama.

Dalam dunia ni, kalau dapat kau kongsi kemahiran yang kau ada dengan adik beradik dan keluarga, itulah syurga yang kau dapat semasa kau hidup. Mereka ini adalah manusia yang pernah berkongsi rahim dalam perut emak. Mendapat segala zat dan makanan dari mulut emak dan kemudiannya dapat didikan dan asuhan dari tangan emak bapak kita sendiri. Itulah namanya adik beradik.

Walau Tuhan beri seribu kepelikan dan banyak perbezaan kita sesudah kita dewasa, adik beradik tetap adik beradik. Keluarga tetap keluarga.

Malam itu Tuhan tolong saya, mungkin sebab saya tolong emak gembirakan semua anak-anaknya.

Kawan-kawan,

Bila balik kampung, boleh sahaja kita tolong mana yang kita tahu. Jika hanya tahu masak air, boleh tengok-tengokkan air dalam peti ais, boleh juga perhatikan ada air panas ke tidak. Jika kita hanya tahu mengemas, boleh sahaja kita ringan-ringankan tulang mengemas sana sini. Semua itu akan jadi kesayangan dalam pandangan Tuhan.

Jika nampak ada pinggan di dalam singki belum berbasuh, lalu sekejap basuhlah sebentar.

Tolong emak, tolong bapak banyak-banyak. Tuhan pula akan tolong kita banyak-banyak. Tak secara cash, mungkin Tuhan akan beri kita anak-anak yang rajin, atau Tuhan beri kita rezeki yang kita tak sangka-sangka.

Saturday, February 6, 2016

Kasihi Semua Allah Kasih Kita

(Petikan drp Ustaz Ebit Lew)

Tadi singgah isi minyak di Petronas. Saya lihat seorang pakcik tua nak isi minyak kereta lama. Dia seluk poketnya dan keluarkan duit kertas Rm1 dan duit sen-sen. Lepas tu dia macam termenung jap..dan macam seluk-seluk poket lagi.

Saya tanya pakcik cari apa. Dia kata, saya cari duit. Macam ada rm2 tadi. Nak isi minyak ni. Takper tunggu sekejap. Pakcik isi penuh yer..dia terima akhirnya sebab dah bayar. Lepas tu dia salam saya dan cakap terima kasih. Dia macam sebak dan nak menangis. Terima kasih anak.terima kasih. Terima kasih ..syukur pakcik memang tengah susah sikit sekarang. Saya pun sebak bila tengok orang terharu begitu. Saya bagi duit lain. Dia taknak. Dia ucap dia terharu dan menangis. Saya kata ini semua kasih sayang Allah. Semuanya kasih sayang Allah..

Saya berfikir begitulah dalam kesusahan terasa manis dunia ini. Dalam kesenangan terlebih makan sudah tiada nikmat. Berjalan tiada nikmat. Rumah besar dan kenderaan cantik sudah tiada nikmat lagi. Orang susah sekali sekala dapat makan sedap mereka gembira. Mereka menangis bersyukur..

Semalam saya jumpa sepasang suami isteri susah. Mereka dapat duit zakat. Anak mereka ramai. Dia minta saya doakan supaya Allah buka jalan untuk dia mencari rezeki..dalam susah atau diuji kita banyak menangis dan bawa kita ingat Allah. Sebab itu hidup ini ada masa kita terlalu sedih dan lemah seperti tak boleh bangun. Tapi ingatlah kita ada Allah. Ini semua kerana dia sayang.

Saya bawa anak saya berjalan di Pasar malam, saya beri dia rm10 beberapa keping. Saya suruh dia letakkan dalam tabung orang oku yang sedang minta bantuan. Saya kata beri tangan kanan dan senyum ucap terima kasih..

Semasa berjalan saya tengok beberapa kedai kurang orang beli. Saya suruh anak saya pergi beli. Anak saya tanya kenapa beli tu ayah suka ke. Bukan anakku, bukan sebab ayah suka tapi sebab Allah suka. Kenapa ayah suka makan kedai kurang orang. Kata saya sebab gembirakan hati orang nanti Allah gembirakan hati kita. Kita boleh beli makanan tu dan beri pada orang susah yang lain. Kadang-kadang kita diberi naluri sayang dan kasihankan orang. Itu sebenarnya ujian Allah buat kita. Ayuhlah kita memberi sehingga kita gembira dan boleh melupakannya kerana merasai Allah melihat dan harapkan Redha Allah.

Syaikh Saad al-khandahlawi seorang alim. Saya lihat masa anak-anaknya kecil,khadimnya bawa anaknya bawa satu karung duit kecil dan beri pada semua orang minta sedekah sekitar masjid. Hari ini anaknya menjadi Ulama tersohor dan jutaan orang dari seluruh dunia mendengar nasihatnya ketika usia muda lagi. Anaknya diajar suka khidmat ibubapanya. Pakai kasut dan sikatkan rambut bapanya ketika kecil. Rajin cuci tandas masjid dan ringan tulang. Hari ini mereka menjadi orang mulia..

Dalam Fadilat sedekah diceritakan orang yang suka memberi, Allah akan beri hidayah kepada anak-anaknya menjadi orang yang disayangi di bumi dan di langit.  Anak Jaafar ra selalu membeli gula atau keperluan asas pedagang luar yang tak laku kemudian beri pada orang miskin. Pedagang yang merasai rezeki tak sangka-sangka tersungkur sujud dan orang miskin juga tersungkur sujud..

Pernah saya solat di luar masjid Bandar Baru Uda, air diberikan percuma masa tu saya budak-budak lagi. Peniaga itu dibayar oleh orang kaya untuk beri minum pada semua. Sedap air tu, sampai hari ini saya ingat. Pelajar asrama semua berebut minum. Kerana 50 sen besar buat kami masa tu. Sebab 20 sen pun tiada dalam dompet saya masa tu..dan masa bekerja isi minyak tiba-tiba ada orang selit rm2 dalam poket. Saya gembira dan dapat beli ayam seketul makan dengan nasi masak kat bilik sewa. Kawan saya ada duit cukup beli 1 roti canai kongsi 2 orang.

Ya Allah yang mengasihi orang miskin. Rasulullah saw berdoa ya Allah hidupkan saya di kalangan orang miskin, matikan saya bersama orang miskin dan bangkitkan saya bersama orang miskin. Berilah kami sifat sayang anak yatim dan orang miskin. Bersihkan hati kami dari kekotoran dan kegelapan. Semua orang baik dan mulia.-ebit lew