Saturday, January 14, 2012

Syarak Mengata , Adat Menurut: Peluang pelaburan bulanan Sekolah Tahfiz serendah RM20

Syarak Mengata , Adat Menurut: Peluang pelaburan bulanan Sekolah Tahfiz serendah RM20

Dunia Genatorku

Pembentukan pasukan pengawas bagi memantau kesiagahan kemudahan dan fasilitas agar populasi yang menggunakannya berada dalam penuh keselesaan. Dengan keselesaan ini akan mencapai tahap kondusif yang seringkali diutarakan sebagai medan kesempurnaan.

Pembentukan dunia genator ini juga berusaha memberikan kelangsungan lestarian sebuah kehidupan yang dibina pada masa sekarang akan memberikan satu nilai yang baik pada masa hadapan.

Sedikit kecelaan dalam adanya kumpulan-kumpulan pengawas ini ditakuti boleh melahirkan pembentukan asyabiyah yang jika tiada kawalan boleh memberikan impak yang negatif.

Juga dalam pembentukan genator ini boleh juga menyebabkan ada pertindihan kerja. 

Perlu sentiasa diingati bahawa genator seharusnya hanya sebagai mata dan telinga yang mencari dan mendengar aduan. Biarpun hakikinya itu bukan deskripsi kerja tetapi kebertanggungjawaban itu perlu lahir dengan hati yang gembira dan ikhlas.

Melihat kepada kelebihan jamaah, genator dapat menjadi instrumen untuk memikul beban secara saksama.

Oleh itu akan dicuba untuk menjadi jamaah genator ini menjadi sebahagian dari yang telah tetulis.

Kun fa ya kun..

Published with Blogger-droid v2.0.3

Saturday, January 7, 2012

Tosai Garing

Keluar makan malam bersama keluarga. Malam hujung minggu. Esok sabtu tidak kerja. Antara masa-masa yang indah dan berkualiti untuk diraikan dengan isteri dan anak-anak. Salah satu pesanan makanan yang dipesan adalah tosai. Tosai garing. Sekali-sekala minum di kedai mamak ini terasa seronok juga. Banyak variasi dan pilihan. Cuma yang menjadi delima adalah kesedapan dan nilai kebersihan kedai mamak tersebut. Juga perlu diambil kira pekerja-pekerja yang gelap di kedai mamak ramai yang bukan Islam. Pernah menyuruh mereka bersyahadah. Tidak boleh.

Boleh juga dicuba untuk cuba memesan daging lembu. Kalau kedai yang disangka kedai mamak Islam itu sebenarnya adalah kedai mamak bukan Islam tapi bangsa yang lagi satu itu. Malas nak sebut. sudah tentu tidak ada menjual daging lembu. 

Paling terpenting apabila hendak membuat bayaran di kedai mamak apabila selesai makan. Dengan orang yang sama suruh kira sekurang-kurangnya dua kali. Juga apabila dia kira; suruh tulis atas kertas. Silap hari bulan kedua-kedua kiraan tersebut tidak sama. Dan nasib tak baik pen yang dia guna nak kira itu pun dikiranya. Patutlah geng mamak ini kaya kerana banyak yang menipu apabila mengira bil. 

Hari itu, kali pertama kira 20.00. Bila kira kali kedua jadi 16.00. Gaduh-gaduh jadi 14.00. Dasar mamak. Nak kaya cepat. Sama sahaja. Cuba tengok sekarang, mereka cuba duduk atas pagar....dari dulu lagi. Dah lama dah......mcm kata seorang mamak itu.

Aku suka 'contest' harga mamak kira. Dan cakap sama dia kau orang ini mati nak tanam dalam kain emas ke?

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 1, 2012

Empat Puluh Dan 2012

  1. Syukur, Alhamdulillah dengan izinNya dipinjamkan lagi usia untuk menemui tahun baru. Hanya kepada Mu aku serahkan takdir kehidupan ini tetapi usaha perlu digarapkan dalam mencambahkan lagi hikayat selepas seperti seperti kelahiran baru di umur 40 ini.
  2. Semasa kecil, bila mendengar ibu dan bapa saudara yang mulai umur dengan angka empat rasanya macam dah tua sangat. Sekarang, apabila diri sendiri yang mengalas angka itu baru merasakan bahawa sebenarnya sudah semakin hampir menemuiNya.
  3. Banyak kezaliman telah dilakukan atas usia-usia yang berlalu tiga puluh tahun sebelum ini. Persediaan juga tabungan iman tidak banyak yang bertambah. Amat takut jika parasnya sebenarnya semakin kurang kerana terlalu leka megejar dunia.
  4. Hanya kepadaMu Ya Allah aku bermohon keampunan atas segala dosa dan leka yang telah berlalu itu.
  5. Sekali lagi 365 hari yang berlalu penuh dengan suka dan duka. Ada kejayaan dan banyak juga kegagalan.
  6. Ikatan rapuh sahabat dan rakan kongsi tinggalkan seribu pengajaran yang amat mahal.
  7. Juga dalam waktu yang berlalu itu, sesungguhnya hati manusia tiada siapa yang tahu waima dahulu pernah menjadi seperti saudara seibu.
  8. Bersangka baik bahawa masing-masing mempunyai hidup dan keluaraga cuma rasa ralat bahawa pandai-pandilah memberikan masa antara keluarga dan taulan.
  9. 2012, ada satu harapan yang begitu besar yang perlu diusahakan. Mencari undangan menjadi tetamu rumahMu Ya Allah.