Tuesday, May 25, 2010

Kalau itu milikmu: Katamu

  1. Hari ini satu pelajaran beza sahabat dan kawan. Kawan hanya kongsi gembira; sahabat susah dan senang bersama.
  2. Hidup ini ada pusingannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Turutan dan giliran itu telah tertulis.
  3. Ada beberapa gantiannya perlu diusahakan dan janganlah hanya buat tidak kisah untuk mencari peluang semata-mata kerana menganggapnya takdir.
  4. Ada takdir yang berubah-berubah dan Allah juga telah memberikan ketetapan ada beberapa takdir yang tetap; sepertimana ajal maut.
  5. Saat kematian seseorang itu telah ditentukan tanpa boleh dicepat dan dilewatkan oleh sesiapa; waima jika seseorang itu bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan.
  6. Walau bagaimanapun; takdir rezeki itu berubah-ubah; mengikut usaha dan pencarian. Adakah menunggu sahaja dikira usaha?
  7. Susah itu pasti akan senang kalau diusahakan dan jangan tidak berbuat apa-apa dan hanya bertanya adakah peluang kita?
  8. Peluang itu bukan takdir tapi perlu dicari; dan ianya tidak akan datang bergolek seperti Islam yang diwarisi Melayu Islam katanya.
  9. Islamkah kalau sekadar nama berbin atau berbinti tapi hati ibarat mati. Mata ibarat buta.
  10. Perlukah kita bertanya kenapa orang Asia begini dan orang Arab begitu; berapa bagus sangat Islam akan orang Arab itu; sedangkan Islamnya mudah. Mereka tidak perlu mentafsirkan Al Quran; mereka terjemah dan amalkan. Melayu Islam itu terpaksa tafsir, terjemah Al Quran tetapi tidak amalkannya. Sama seperti sebahagian kecil Nasrani dan Yahudi; baca, tafsir, terjemah dan tidak amalkan Al Quran.
  11. Sememangnya bila kita senang kita mudah lupa pada yang susah dan kita langsung tidak muhasabah akan kesusahan lepas.
  12. Hari ini kita berada diatas dan tidak selamanya kita diatas; begitu juga hari ini kita dibawah dan bukan selamanya kita dibawah.
  13. Kita susah bukan kita tidak senang tetapi belum senang.
  14. Ingatlah apabila ada keperluan memberi bantuan bila adaanya kesusahan; Allah akan gandakan nilai bantuan yang diberi. Kalau bukan didunia tetapi akhirat.
  15. Sensugguhnya lihatlah perniagaan dari aspek Islam dan berniagalah dengan penuh hati keislaman.
  16. Pasti setiap kesulitan itu akan ada kemudahannya.
Blogged with the Flock Browser

Tuesday, May 18, 2010

'Sense of Belonging'

  1. Dengan izin, ungkapan 'sense of belonging' dalam keadaan yang genting dan sukar adakah ianya semakin menebal atau pudar?
  2. Berkata dengan kepercayaan yang diberi atas dasar 'face value' (dengan izin) juga satu aspek yang perlu diambil kira.
  3. Berbincang tentang 'pride & glory' (dengan izin) perlu dikupas supaya adil dalam memberikan intepretasi supaya ianya diletakkan pada tempat yang betul kerana sekali lagi keadilan itu bukan samarata tapi meletakkan sesuatu pada tempat yang betul.
  4. Betulkah parti keadilan itu? Atau salahkah parti keadilan itu?
  5. Siapa yang khianat siapa? Atau mereka ini semua mengkhianati rakyat yang mengundi mereka? Bebas manalah orang -orang yang mengatakan mereka bebas sedangkan setelah pengundian mereka tersebut bebas membuat keputusan mereka menjadi orang bebas? Oopps...bukan bebas tapi bebal.
  6. Sekali lagi inikah dikatakan sikap kepunyaan undi itu hak mak bapak mereka; mana nilai pengundi yang memangkah kertas undi tersebut?
  7. Orang-orang yang bebas ini sebenarnya tidak mempunyai akal, maruah dan segalanya. Bebaskan undi rakyat keatas orang-orang bebas yang khianat keatas undi rakyat.
  8. Dalam masa yang sama  adilkah juga jika hak semuanya sama, semuanya satu, keranamu Malaysia?
  9. Hak dan undi rakyat telah dilelong dan dijudikan oleh mereka-mereka yang bebas.
  10. Adakala perlu tidak berterus-terang mungkin akan dapat menyelamatkan keadaan tetapi bukan dengan melakukan pembohongan kerana bohong itu sampah dan tidak berfakta. Bertutur tanpa buah fikir adalah satu cabang pembohongan yang paling ketara kerana cakap itu percuma dan tidak dikenakan bayaran. Hanya dikira dosa dan pahala.
  11. Habis tu macam mana 'pemerintah' yang berbohong?
  12. Sememangnya pemerintah itu sebenarnya pembohongan kerana mereka-mereka ini tidak selayaknya menjadi pemerintah. Dalam bentuk yang lain mereka-mereka ini diperintah oleh pemerintah yang lain. Bolehkah disini dikatakan isteri itu juga pemerintah?
  13. Apabila ada satu bayang-bayang; objek yang sebenar itu akan nampak hilang dan seterusnya mempercayai bahawa bayangan itu lebih besar, panjang dan hebat. Hilang dan memakan realiti objek tersebut kerana bayangan itu hitam, hitam dan lama-kelamaan akan menghilang bila mentari mulai menangis dan berkedipkan sinar panasnya.
  14. Semakin diikut semakin jauh, semakin dikejar semakin hilang bayang; awas jangan terlalu mengikut bayangan ; nanti gila bayang.
  15. Bayangan tidak berfikir, bayangan tidak bersuara dan mulutnya tidak sopan berkata.
  16. Masih ada lagikah 'sense of belonging'?
Blogged with the Flock Browser

DQS ITM 91-93 Episod 2

Thursday, May 13, 2010

Tak Ada Ertinya

  1. Dalam melangkaui ujian yang diberikan kadangkala apa sahaja yang datang di depan mata seperti tiada apa-apa yang berlaku. Susah itu sebenarnya hanya sedikit. Rupa-rupanya ramai yang merasai susah itu lebih susah daripada kesusahan kita.
  2. Dalam keadaan menempuhi ujian ini, keadaan kebiasaan akan menjengkalkan segala kekusutan untuk cuba dirungkaikan.
  3. Makan, minum, hiburan, sedap pandangan mata dan sebagainya hanya berlalu begitu sahaja.
  4. Kerana dah tidak ada ertinya lagi. Maknanya putus asa? Hampa? Kecewa?
  5. Tidak. Bukan satu pun seperti yang dinyatakan diatas. Sebenarnya tiada ertinya untuk memberikan pengertiannya kerana memang ianya tiada mempunyai apa-apa erti.
  6. Yang sebenarnya hilang tumpuan/fokus kerana memikirkan ada sesuatu yang lebih besar, lebih utama, lebih berbahaya dan lebih dalam serba serbi.
  7. Bolehlah baki langkah-langkah longlai ini akan dapat diteruskan lagi?
  8. Pasti setiap kesulitan itu ada kemudahan.


Monday, May 3, 2010

Doaku untuk ke RumahMu

Kini membuak citaku
Cuba menjadi tetamuMu
Aku rasa sudah dibuka hati
Masa dan rezeki hanya ketentuanMu
KepadaMu aku tanamkan azam
Menziarahi rumahMu menjadi iltizam

Siang dan malam rasa termimpi
BertemuMu satu destinasi
Nasuhaku sudah tidak berbelah bahagi
Dunia ini semakin aku menjauhi

Ampunkan aku selama ini
Banyak bersangka akan dibalasi
Dosa dan noda telah terjadi
Akibat kalah kepada nafsu dan syahwi

Ya Allah
Semampu aku redha ujianMu
Sihat dan lapang hampir berlalu
Sakit dan sibuk kini mendatangi
Bersahaja lalu umur yang diberi
Muda yang pergi tua berganti
Agar kau sempatkan jua pertemuan kita
Hatiku syahdu mengharapkan kasihMu
Semoga dapat bersua di rumahMu jua
Biar sekadar hanya sekali
Doaku agar pertemuan itu nanti
Dekatnya aku denganMu bersaling hati
Aku rindu damba kasihmu Illahi.

Berlinang syahdu mengingati lambaianMu
Kenangan taulan sebagai ingatan
Sesungguhnya bertemu dirumahMu semakin ku impikan
KehadratMu aku doakan
Agar pertemuan dirumahMu dapat dimakbulkan.





Blogged with the Flock Browser

Setelah Dicuba

  1. Beberapa detik telah dicuba; memberikan sedikit pendidikan agar berlaku perubahan.
  2. Nampaknya gagal; hati yang hitam itu terlalu keras. Telinga itu ada cuping tapi tiada gegendang yang menerima gelombang pendengaran.
  3. Mata itu celik dikepala tetapi buta dihati.
  4. Bukan setakat menuang air didaun keladi; tetapi menuang air didaun keladi plastik.
  5. Semuanya bohong dan penuh dengan pembohongan. Bukan sedikit kemunafikannya; malah kemunafikan telah melebihi musyrik.
  6. Tidak dapat lagi disuburi dedaun itu dengan baja kerana akarnya sudah lama mati dan reput.
  7. Enau-enau itu sudah melepaskan pucuknya didalam belukar menjadikan hutan dara itu sudah tidak lagi suci.
  8. Bapak ketam memang berjalan bengkok dan kenapa anak-anaknya cuba berjalan lurus?
Blogged with the Flock Browser

Saturday, May 1, 2010

Kesihatan; Kembalinya Satu Nikmat

  1. Salam sejahtera pemula bicara. Agak lama tidak mengemaskini blog kerana seketika kurangnya sedikit kesihatan untuk mengatur butir-butir kata.
  2. Ya Allah; memang tidak dapat dinilaikan nikmat kesihatan yang telah engkau berikan selama ini.
  3. Aku terlalu banyak menganiaya nikmat sihat dan ruang waktu lapang yang dipinjamkan olehMu kerana agaknya terjebak mencari dunia yang sementara ini.
  4. Perjalanan berliku yang dicari hampir hilang arah tuju. Kapal yang semakin banyak lubang itu seakannya hampir tenggelam tapi seperti terkenangkan kisah kurnia rezekiMu pada seekor burung mengingatkan kembali bahawa usaha telah dibuat. 
  5. Burung-burung itu pada waktu pagi seperti biasanya akan keluar terbang mencari makan yang tidak diketahui untung nasibnya tetapi tetap juga melakukan pencarian kerana Allah telah pun menetapkan rezekinya untuk hari itu dan kembali pulang petang dengan makanan untuk diberikan kepada anak dalam sarang.
  6. Oleh itu aku juga pun begitu, hanya tawakal padaMu sahaja agar dipermudahkan pemberian rezeki dan nikmatMu; Ya Allah.
  7. Sedikit ujian dicuba dengan pengurangan nikmat sihat mengingatkan bahawa sebanyak mana pun duit tidak akan dapat membeli kesihatan yang dianugerahkan olehMu, Ya Allah.
  8. Kerana sikapku sendiri juga; akhirnya mengakibatkan kerosakan; sememangnya senang nak sakit dan susahnya hendak mendapatkan kembali kesihatan seperti asalnnya.
  9. Amaran kecil ini telah mengimbaskan semula tujuan pencarian ini.
  10. Kerana tamaknya dunia; sempit dan sibuk ruang pencarian; susahnya hendak senang dan senangnya menjadi susah; serba sedikit telah melalaikan.
  11. Kembalilah bermuhasabah; ada sesuatu  yang hampir hilang dan atau sudahpun hilang.
Blogged with the Flock Browser