Saturday, August 30, 2008

Cuci Darah

Sepatutnya mencegah lebih baik dari merawat. Saat antibodi badan semakin merosot, mungkin kerana stress kerja, mungkin juga diri agak jauh dari paksinya kerana sibuk sangat nak mengejar dunia ini. Perlumbaan dan persaingan akibat fikiran yang dah berjaya dirosakkan sepertinya dunia ini kekal selamanya. Mencari kekayaan wang dan harta sedangkan iman semakin menjadi fakir. Dikejar dan dikumpul harta dunia ini tidak pernah akan cukup kerana kaya itu dinilai walau hilang sebuah pekerti.

Semakin ramai yang tidak ingat; mungkin buat-buat tidak ingat, mungkin memang lupa; mungkin memang pelupa atau mungkin memang dilupakan oleh orang yang ingat bahawa kaya dunia ini hanya sementara; kaya dunia ini adalah ujian dan bukannya rezeki. Setiap yang diberi Illahi adalah kurniaanNya sahaja. Tapi kita leka mengatakan bahawa semua itu hanya rezeki.

Sepertinya isteri yang baru kematian suami mengatakan bahawa dia kehilangan tempat bergantung; itu adalah salah kerana selagi iman itu tersemat disanubari pasti Illahi adalah segalanya. Kita berikrar dalam solat sesungguhnya mati dan hidup ini hanya untukNya tapi apakah perbuatan seterusnya begitu.

Dalam proses menyucikan hati ini darah-darah perlu dicuci agar ianya bersih membawa tenaga ke tubuh badan; agar iri dan dengki pergi mengikut liang-liang keluar yang ada.

Monday, August 11, 2008

Seri Manjung (bahagian 1)

Sesi kedua pengambilan ini biasanya mengumpulkan insan-insan yang berusia sedikit kerana beberapa faktor. Pertamaya kerana ada mungkin mereka-mereka itu mengambil langkah kehadapan untuk menjadi graduan awal sebelum masanya. Ada juga yang keciciran kerana sengaja atau tercicir kerana sebab-sebab lain. Biasanya ragam kemasukan separuh masa kedua dalam sesuatu tahun tidak begitu ramai tapi meriah sikit kerana tahap usia dan fikirannya agak lebih matang.

Mulainya aku juga rasa agak janggal kerana aku dikira agak tidak tua berbandung mereka-mereka itu yang tidak lagi muda. Tapi kita perlu bisa membiasakan diri dengan keadaan agar tidak menjadi langau dikalangan lalat, tidak menjadi itik dikumpulan ayam dan kiranya juga tidak menjadi lalang di helaian hijauan padi yang tunduk berisi.

Seri Manjung, walaupun hanya beberapa baris rumah kedai di tukar menjadi kelasrama (kelas dan asrama) dan mungkin juga kelas asmara (bagi yang cintan-cintun), tapi disini ada kelasnya tersendiri. Di sini ada istimewanya. Di sini ada kedai gandhi, disini ada wisma ganda disini ada abang navy (untuk siswi-siswi bercucuk tanam katanya)

Undang-undang dan peraturan manusia berbeza ikut tafsiran masing-masing. Disini jangan memakai jean biru kerana katanya itu bukan pakaian Melayu. Disini jangan sembunyi belakang pintu di hari jumaat, jawabnya bila kantoi kena jadi makmum kat surau siswi; atau katanya anta lagi.