Monday, May 26, 2008

Akhirnya kontak ini termeteri

Kontrak terjalin apabila kedua-dua pihak bersetuju ke atas terma-terma dan syarat kontrak yang temaktub antara keduanya; pembeli bersetuju membeli satu barang yang dijual oleh penjual pada satu harga tertentu mengikut bilangan dan mutu tertentu dan seumpamanya. Kontrak perkahwinan tidak sama dengan kahwin kontrak kerana kahwin kontrak adalah satu konsep Ah Lee Baba yang hanya menguntungkan si Ah Lee dan tidak membawa manfaat sejagat buat si baba.

Dalam satu dewan di sebuah bandaraya di sebuah ibu negara yang ada datuk bandar, ada menteri wilayah; wilayah mane? tapi sebilangan ahli parlimennya katanya berpakat untuk rakyat. Macam pakatan kenduri kampung ke? tidak sama sekali kerana pakatan itu makannya berbeza pinggan dan sudu, minumnya tidak sama cawan dan gelasnya, khemahnya ada berkipas, ada yang dikipas dan ada yang mengipas; semua kontrak tersebut di 'sign' oleh si baba; kerja dan kira-kira si Ah Lee yang jaga; kerana apa? Kerana pohon yang layu ini mesti dibaja, mesti disiram, mesti di bela. Kerana silayu ini lebih suka menanam lalang tapi si Ah Lee tu teramat suka menanam serai wangi di bawah talian elektrik utama; nampak sama hasil berbeza.

Perlukah acara-acara yang katanya sangat sial ( so sial) itu perlu ada kontrak? Kerana apa? Kerana akhirnya kontrak yang temeteri itu hanya untuk menteri sahaja dan rakyat hidup tanpa apa-apa; kenapa rakyat mesti mahukan kontrak kalau hanya untuk acara sosial sahaja. Seperti sebuah akademi yang difantasikan, bila tiba giliran pulang sila bawa beg angkat kaki ....

No comments: